Peluang Usaha

Peluang Usaha Agen Pulsa Semua Operator dan Pulsa Listrik dengan 1 Chip (SIM Card) yang sudah Anda Miliki Sekarang | Pendaftaran GRATIS | Saldo minimal Rp. 50.000,- Mau??? info & pendaftran ketik : Daftar.Nama.Alamat.noHP kirim ke 0818-0398-4438 (sms)...

Mutiara Merah "Kopi RADIX Sinergi"


Kuliah Pintar Herba Online Bersama H. Isamil tentang Kopi Radix (KR)

Nota Kuliah 1

Salam kepada semua anggota HPAI yang terus setia bersama produk HALAL. Percayalah sesungguhnya hati kita tidak pernah terpisah dengan sempadan negara,lautan maupun bukit bukau.Kita bertemu kerana Allah dan sebaik kita ialah orang yang bertakwa.
Herba adalah sebahagian dari ayaturahman,tanda2 kebesaran Allah yang menjadi keperluan hidup manusia. Kita dilarang membinasakannya walaupun dengan mencabut sehelai rumput tanpa sebab. Semua akan dipersoalkan jika dilakukan tanpa niat kerana Allah. Berurusan dengan herba sama seperti beurusan dengan Pegawai pemerintah kerana Herba dan bumi ini ada pemiliknya iaitu Allah.
Terdapat pandangan dlm ilmu fikh bahawa tanah2 yang dibangunkan itu menjadi milik orang yang membangunkannya. Tanah dan tumbuh2an mempunyai kaitan dengan nilai kawasan tersebut. Oleh itu hargai lah herba yang tumbuh kerana ia adalah HPA. ( Hadiah Pemberian Allah)
Kopi Radix adalah herba pilihan ,akarnya nama RADIX ,buahnya adalah KOPI.

H Ismail | 07.01.2015 | Pintar Herba |

Nota Kuliah 2


Radix bermakna akar. Menurut pandangan ahli ahli herba bahagian yg terbaik dan stabil untuk kesihatan tubuh ialah dari akar. Akar paling dekat dengan tanah (asal kejadian manusi). Jika kita ambil akar, pastikan akar yang telah matang. Usia matang pokok pasak bumi ialah 7 tahun ( sudah jadi ubat) . Makin tua semakin bagus dan KOPI RADIX menggunakan tumbuhan berusia lebih 50 tahun. Ada yang berusia 100 tahun,lebih tua dari usia kita. Ini bererti sebelum kita lahir sudah Allah sediakan ubat untuk kita.

H Ismail | 07.01.2015 | Pintar Herba |

Nota Kuliah 3

Radix baik untuk perawatan "kram" terutama untuk ibu yang hamil. Semakin bertambah usia kandungan makin kerap si ibu terkena "Kram". Kandungan kalsium dan boron dalam pasak bumi lebih cepat diserap dari susu formula sapi.
Bapak ibu ada testimoninya?

Kadangkala pengambilan susu formula boleh menyebabkan tubuh nenjadi asam jika tubuh kekurangan enzim lactase. Susu tidak dapat dicernakan lantas  menjadi asam . Bagi menghilangkan keasaman dalam tubuh itu ,kalsium dalam tulang pun di ambil. Tujuan pengambilan susu untuk menguatkan tulang kini menjadi sebaliknya. Ini tidak berlaku dalam Radix kerana Pasak Bumi itu sendiri bersifat basa.
H Ismail | 08.01.2015 | Pintar Herba |

Nota Kuliah 4

Saya ketika menulis ini (7/1/15)sedang berada di atas pesawat firefly 14,000 kaki dari bumi , menuju ke Alor Setar,Kedah. Diatas pesawat saya di beri pilihan samada jus guava atau jus soya. Saya pernah keracunan jus guava bulan kepas ketika perjalanan ke Kuala Lumpur. Diare berterusan dan muntah- muntah. Perjalanan untuk program PH Banjar Masin terpaksa dibatalkan.

Salah satu herba yang digunakan dalam KR ialah pokok tebu gajah. Pokok ini dikenali sebagai  Albizzia sp. Ia juga di sebut sebagai penawar rimba kerana kemampuannya sebagai antidot untuk keracunan. Benar.....jika berlaku food poisoning  maka ambillah KR  segera. Jika tidak ada air panas,masukkan kedalam air mineral botol 500 ml ,campur sikit garam dan goncang 313 kali. Bismillah...minumlah. InsyaAllah keracunan akan hilang.

Hari kedua saya pulih 99% dari keracunan dan sempat bersama pak Borjono dan ustaz Ilham menghirup sop rusa  di Pekan Baru. Alhamdulillah.

H Ismail | 08.01.2015 | Pintar Herba |

Nota Kuliah 5

Tiorinya MUDAH,fahamnya juga mudah.Dua khasiat KR iaitu dari Mengkudu untuk tidur dan pasak bumi untuk bangun. Itulah kata kata G Iwan.

KR mengandungi melatonin dan seratonin  dari akar mengkudu . Tujuannya untuk mendapatkan deep sleeping(DS) bagi membolehkan  tubuh melakukan "repairing". Tanpa DS tubuh tak mampu bekerja untuk membaiki diri sendiri , sama seperti mobil juga,mana bisa dilakukan repairing ketika mobil sedang bergerak. Bukan semua tidur dapat DS,lebih lebih lagi jika tidur lewat lewat malam kerana melayani internet.Hormon melatonin yang dikeluarkan oleh tubuh berlaku selepas solat insyak sampai 2/3 malam. Jika kita tidur awal malam memang menyehatkan.

Biasanya kopi menyebabkan orang susah tidur malam tetapi KR malah mempercepatkan tidur. Inilah yang saya katakan bahawa KR merupakan emas merah untuk kita semua. Terima kasih atas perihatin HPAI yang menyediakan stok yang cukup sehingga kini .Terima Kasih juga pada semua leader yang sudi membawa kopi ini  sebagai dakwah produk halal menggantikan kopi kopi bikinan bisnis Yahudi.

H Ismail | 08.01.2015 | Pintar Herba |

Nota Kuliah 6

Hari ini ada lagi testimoni KR dari teman-teman. Kali ini KR digunakan untuk rawatan Darah Tinggi.Pengambilan 3 sachet sehari sudah memadai untuk rawatan ini. Darah tinggi boleh menyebabkan berlakunya cva iaitu pecahnya pembuluh darah di kepala. Kesannya akan berlaku pendarahan yang  menyebabkan stroke atau kematian.

Pernahkah anda rasa pening apabila bangun dari duduk yang lama?
Ini satu tanda adanya simtom darah tinggi. Awas....jangan cepat marah kerana marah boleh menjadikan tekanan darah mendadak tinggi. Minum KR akan menjadikan kita lebih relax dan kurang pemarah malah bisa juga menenangkan fikiran yang sedang susah. Apapun pengubatan semuanya dari Allah dan kita mengambil manfaat dari makhluq makhluq ciptaanNya

H Ismail | 08.01.2015 | Pintar Herba |

Nota Kuliah 7

Pokok halban salah satu herba yang terdapat dalam KR. Dahulu pohon ini digunakan sebagai tonik bagi petani petani yang bekerja di bendang. Ia mengandungi saponin bagi melancarkan perjalanan darah . Bagi wanita sangat baik untuk mengelakkan uti iaitu urinary tract infection, jangkitan disaluran kencing. KR juga baik untuk masalah candida ablican yàng menyebabkan keputihan.

H Ismail | 09.01.2015 | Pintar Herba |

Nota Kuliah 8

Pengambilan pasak  bumi akan meningkatkan kadar homon testeron 400% dalam tempoh masa seminggu. Banyak testimonial yg saya temui,pasangan yg belum ada turunan,berjaya dirawat dengan KR.Sinergikan dengan madu PL supaya bertambah kesuburan untuk lelaki dan wanita.

Mengikut kaedah ilmu perubatan, pasangan tersebut hendaklah berpuasa dari bersama pada mlm selasa,rabu dan kamis. Waktu benih lelaki terjadi pada hari kamis , elok bersama pada malam jumaat. Waktu subur wanita ialah 14 hari dari tarikh datang haid. Carilah waktu waktu itu. Wallahualam.
H Ismail | 10.01.2015 | Pintar Herba |

Nota Kuliah 9

Salam semua, hari ini saya mengisi acara di HPAIC Malaysia .Program Bisnis dinamakan PINTAS. Makna pintas adalah cepat bererti kita harus punya stamina.

Minum KR akan membuat kita kenyang dan berstamina sampai ke malam. Kenapa? Kalau kita minum kopi lain adakah kita mendapat stamina seperti itu?
Subhanallah...

Pokok tebu gajah adalah makanan gajah dihutan. Gajah akan jadi lebih kuat mengangkat kayu kayu yang besar sesudah memakan pohon ini. Inilah ilmu yang manusia belajar dari alam. Jika kita mengambil KR kita akan mempunyai stamina yang kuat tidak perlu meminum minuman bergas yang akan merbahayakan tubuh akhirnya.
Allah jadikan semua alam ini untuk manusia manfaatkan tanpa menyekutukannya dengan sesuatu. Belajarlah dari sekolah kehidupan nanti S3 ialah sukses menjadi insan yang benar benar bersyukur.
H Ismail | 11.01.2015 | Pintar Herba |

Nota Kuliah 10

KR digunakan untuk rawatan masalah angin . Angin itu bersifat panas dan lembab. Sifat orang yang ada masalah angin adalah seperti berikut :

1. Angin sendi - ■ sakit disendi sendi seperti ditusuk jarum
2. Angin segah ■ masalah pencernaan sehingga banyak gas,cepat kenyang,sakit dada, sakit di tengkok dll.
3. Angin darah ■ gangguan hormon,stres,tekanan,haid tak teratur dll.

Sebenarnya  KR mempunyai 4 unsur  iaitu tanah , air, api dan angin. Lengkap sebagai perawatan penyakit berdasarkan kekurangan dan kelebihan unsur. Beri sahaja KR kepada sesiapa yang kita temui pasti ada kebaikan. InsyaAllah.

H Ismail | 12.01.2015 | Pintar Herba |

0 comments:

Post a Comment